:: serik ::

aku tak paham laa napa ada orang tak reti erti serik..
dok gak buat benda yang sama that will end up exactly where they are..
tak penat ke pun duk ulang kesilapan yang serupa?
tak take note ke pun dari experience before?
tak amik iktibar bak kata om melayu..

aku part serik ni memang amik berat skit..
terseksa i tell ya!
takmo dah aku ulang balik benda-benda salah yang aku dah buat dulu..
so mari aa kita sama-sama rasa serik ek..

tapi ada orang tak jugak belajar dari kesilapan..
still buat perkara salah yang last-lastnye, penyesalan!
apa, ko ingat ko buat perkara salah yang sama dengan cara yang baru, things will turn out right??
kalo dah salah tu, outcome indah macam mana yang ko harapkan lagi??

tuhan tu kasi hint, kasi petunjuk banyak kali dah..
supaya kita sedar that our way is wrong!
and suh stop doing it and turn back..

tapi bila kita tak sedar-sedar gak..
dia kasi bala turun laa..
bukan dia kejam.. tapi dia sayang!
dia nak kita sedar dan tau apa yang kita tengah buat tu adalah salah..
dia nak kita tau erti serik!

same like our parents aa..
masa kita kekecik.. mak kata jangan main dekat pasu tu, nanti jatuh pecahh…
takkk! kita degil tak dengar cakap..
PRANNGG! pecah pasu kena siku kita time lari-lari..
dann ZAAP! ZAAPP! laa kaki kita berbirat kena libas ngan mak..

untuk apa semua tu?
adakah mak kita tak sayang sebab pukul kita macam tu?

jawapan nye sama ngan apa tuhan kita wat kat kita selama nih..
dia ‘nasihat’ leklok dulu peringat kat kita..
tapi kita degil tak dengar..
dia kasi ‘hint’ pulak supaya ko sedar..
takk jugak jalann…
haaa.. dia turunkan laa bala dan hidup ko sengsara lepas tu!

adakah salah tuhan?
adakah tuhan tak sayang kat kita for this continuous misery?

tepuk dada, tanya laa ati..
memang tuhan menentukan buruk baik jalan hidup kita..
tapi terpulang pada kita untuk memilih corak jalan cerita yang diredhai..

untuk apa tunggu dalam derita jika ko boleh bangkit dan beredar dari situ?
jangan hanya duduk dan menadah tangan ke langit and hope for miracle..
while yourself tidak berbuat apa-apa..

blaja erti serik dan berubah laa..
thats the best thing you could do..
pity yourself..

:: just a thought ::

aku tak paham laa why do we need to brag?
walhal idup idak laa sehebat mana pun..
still makan gaji..
still nunggu 25hb kat ATM machine tiap bulan..

jangan pikir kita ni kerja di luar negara, kita hebat..
sama saja..
elaun ribu-ribu Kerajaan kasi tu, its not for free ek.. depa harapkan balasan ek..
nothing is free in this world!
masuk jamban pun 30posen weh paling koman..

dikasi kita gaji ribu-ribu tu, there’s a sacrifice you need to make..
bukan suka suki dia kasi untuk kita berjoli katak macam Donald Trump kat obersi tu ek..
dia kasi ko extra from the others, wajib aa ko beri perkhidmatan extra gak from the others..
bukan sambil lewa suka hati buat opis as if ada share ngan Ajib Kor tu..

sacrifice yang perlu aku bayar for gaji extra gini..
hanya jumpa family once a year..
hari raya tak dapat bersalam cium tangan makpak..
and the hurtful thing of all…
aku tak sempat melihat wajah abah for the last time..
terpaksa akur..
ini yang perlu aku bayar for a better future..

and aku sentiasa pikir..
ini sume duit hasil dari rakyat gak..
Kerajaan kasi kepercayaan untuk ko wakilkan negara..
so bekerja aa ko setanding dengan gaji yang diberikan..
pikirkan keberkatan gaji di hujung bulan yang ko terima..
yang ko hulurkan pada mak pak..
yang ko berikan anak bini/somi makan..

now tell me, adakah ko rasa gaji ko setanding dengan apa yang ko dah contribute?
adakah ko LAYAK dapat banyak tu tiap bulan bila dibandingkan ngan kerja ko selama ni?
how’s your attitude dalam pekerjaan seharian?
adakah anda amanah dalam tugasan seharian?
how do you deal with your superior or your co-workers?
dont need for you tell me…
tepuk dada, tanya laa hati sendri..

kerja dan tugasan adalah tanggungjawab kita..
bukan anak je amanah dari tuhan ek..
kerja pun ada amanah dia gak..
amanah Kerajaan kepada kita..

citer panjang-panjang pun aku tak reti nak elaborate lelebih..
tapi u get the idea..

harap tahun baru ni..
masih ada masa for us to change..
ubah sikap, ubah perangai..
masa tak menunggu kita..

::serabut::

if only i can make u see..
how easy your life is..
if only i can make u understand..
how i want to be like that..

you would appreciate me more..
you would be grateful that life is treated you well..
that Allah gave u something people would envy u for..
that all these is a blessing only you could have..

instead, u wish to suffocate yourself with self-pity..
u wish to stressed more..
u wish to hate all the people around you..
u wish to cave yourself…

all i could say is..
do as you please..
coz im reaching to my point that i won’t do anything anymore..
let me just give up and be happy with it..

******************************************************************

mood serabut di pagi Isnin..
no comment needed..
let me be..
thank you..

:: ostajah jadian ::

kebelakangan ni aku tengok banyak toi muncui ostajah jadian kat FB..
quote hal agama.. hal keharmonian rumah tangga..
penuh timeline aku ngan tazkirah..
kalo ari Jumaat, lagi havoc!
and why do i only stated ostajah jer? why not ostat?
YES! mostly only women yang buat keja-keja nih..

not that i find it wrong..
baguss nak kongsi ilmu..
sangat-sangat bagus…
i find it very intriguing and beneficial..

tapi benda baik akan bertukar jadi sebaliknyer if niat ko lencong!
mebi ko up quote tu untuk perli kawan-kawan ko yang ko rasa sangat laa berdosa..
mebi ko up untuk perli boipren ko, laki ko yang pada ko sangat tidak beriman, tidak bertanggungjawab dan segala macam kategori TIDAK laa..
mebi ko nak perli rakan opis ko yang ko rasa sangat bizi bodi, kuat ngumpat, kuat fitnah bla bla bla..
mebi.. i said mebi ek..
if korang bukan dalam kategori itu, sila jangan terasa..

tapi the main point is PERLI..

actually, aku pun penah buat secara sedar or not..
aku tak nafikan and it was fun to perli tanpa kesedaran orang tu..
hahahha!
tapi aku usually elak untuk guna agama for this job!
aku direct jer tulis in my own word..
nak terasa, sila amik sorang sikit..

no dalil.. no firman surah segala benda!
no quote keagamaan.. no tazkirah..
sebab pada aku, niat ko adalah untuk perli kasi terasa..
you want to do bad things here.. (even deep inside your heart is telling you its a good thing!)
so sila jangan tarik agama to involve in that circumstances..
not good!

and sila sedar diri jugak..
ko layak ke nak guna quote-quote tu in the first place?
hmm.. im jusssst saying *sambil pandang siling*
if ko jenis solat tak tinggal..
takde buat keja-keja lagha..
aurat segala jaga..
then ok la kot.. hmm hmm hmm..

so aku sedar diri, so that is why aku takut nak guna..
sebab macam gua tembak diri sendri pulak..
lari matlamat gua!
hahahah!
piiuuuNNNGG… KEBABOOO!

but thats not the case now..
skang ni aku nak cakap pasai ostajah jadian di FB..

baru-baru ni aku nampak sorang ni sudah up status berunsur nasihat kepada si polan..
konon-konon concern sangat dengan pendosaan yang bakal si polan buat..
tapi tak sedar ke dia, dalam pada yang sama, dia telah berkongsi aib si polan kepada dunia?
and u call yoursef a fren?
and ko tak sedar, ko pun penah berada di tempat si polan dulu..
nak jer aku komen balik bawah tu..
“NAH CERMIN!”

kawan ko tu kongsi masalah ngan ko to ask for a shoulder to cry on..
dia citer aib dia becoz she trusted u..
and ko expose pulak masalah dia kat wall ko?!
and bila ko up status macam tu, opkos ko akan menarik minat para lalat ostat n ostajah jadian yang lain turut sama menghentam mengkomen si polan tu..
YES, no name involved… tapi si polan tau, dia yg dimaksudkan..

who are we to judge?

if kita tak pernah berdosa sebesar hama, then YES, mebi ko layak and no question asked from me oso..
tapi kita kena sedar, we only human and human makes mistake!

dari ko up status sebegitu rupa about her, baik laa ko cuba pujuk hati dia directly..
talk heart to heart di ruang chat.. wassap.. wechat or any social network laa..
janji only between you and her only.. P&C gitu..
show that there is hope..

HARAPAN!

sometimes, all that we want to hear is HOPE..
and to know, we are not alone in this one..
a small hope can go a long way..

ini tidak..
dah laa ko kata nothing you can do to help..
which i doubt it!
banyak yang boleh ko tolong ekceli..
antara nak ngan taknak jer..
then ko kongsi kat wall pulak..
apa motif?
nak tunjuk ko baik sebab ko concern?
nak tunjuk that orang tu berdosa and ko amat suci sebab sedih tak mampu nak tolong?
if ko nak buat baik, takyah kecoh kat orang..
itu macam sama jer rupa ngan ko nak buat donation ke umah anak yatim juta-juta, tapi ko nak masuk tv/ paper sambil pegang cek beso karpet!
paham?

haa teruk toi aku kasi andaian!
hahahahha..
pepaham sendri aa korang ek..
malas aku nak bebel dah..

BUBYE!