:: cerita raya anak perantauan – 1st raya ::

fuhh lama giler nk cari mood untuk karang citer raya..
this year, mama and adik raya kat Taiwan so its a bit ohsem aa pada aku!
mama and adik sampai Taiwan petang sebelum hari raya..
malam tu terus bersilat aku and mama kat dapo masak rendang, rebus lemang instant segala sebab esok lepas solat raya kat masjid, kitaorang yang tak balik raya ni akan berkumpul kat umah Kak Non beraya reramai!

Taiwan raya same date with Malaysia.. itu pun jenuh tok imam masjid nak tentukan..
konpius dia sat nak ikut mana.. sat nak ikut Jepun, sat nak ikut China.. last-last dia ikut Mesia gak…
enche asben malam tu pi masjid laa yang jadi informer kat group wassap ‘Dendang Perantau’ kitaorang.. haah curlass kan nama grup kitaorang yang tak balik raya.. huhuhuu~

pagi sebelum pi masjid, kitaorang beraya dulu laa sesama kitaorang..
rasa happy skit taun ni sebab salam raya aku kali ni adalah proper..
iyer aa selama ni aku dengan enche asben men dannn je salam raya.. kadang-kadang dah balik beraya dari umah orang baru ingat tak beraya dengan enche asben..
men dann je salam tetengah jalan sambil berdiri je.. sangat tak semangat raya sungguh rasa dia..
kali ni merasa aa salam leklok sambil mama and enche asben duduk kat sofa..
salam bebetui.. minta maaf bebetui..
tapi being me, i still wat-wat klaka sebab aku takmo nages! even sebenarnye aku syahdu habis dah tuuu… hahahaha…!

:: just us::

:: just us::

::3 dara pingitan::

::3 dara pingitan::

kitaorang pi masjid around 7.15 pagi macam tu.. tapi kemain aa penuh masjidddd…
penuh dengan kaum indon! adoi laaa… depa ni tak balik kampung ke?
penuh sangat sampai aku kena nek atas bumbung masjid ok!

11755368_10153387359276827_4100866221683244818_n

::kena kuar kot tingkap kauuu.. ko hado?::

::happy faces::

::happy faces::

dah aa tengah summer kan.. bra adalah lencun okkk! peluh macam waterfall..
nasib aa tempat kitaorang duduk tu agak redup sebab ada pokok blakang tu..
syukurrr…
and agak best taun ni sebab takbir raya adalah super sedap! tak macam tahun-tahun sudah yang takde alun-alun dia.. kali ni ada aa bunyi macam Mesia gak.. baru aa feeling raya tu timbul kesyahduan dia!

abih semayang, balik sejuk-sejukkan badan sat.. packing apa-apa yang patut untuk bawa ke umah Kak Non then terus shot pi sana..
sebelum apa-apa, pinjam props umah Kak Non tangkap gambo raya family dulu.. miahahah!

::kelebaran gua takleh disorok betuiii::

::kelebaran gua takleh disorok betuiii::

::raya weh raya!::

::raya weh raya!::

it was fun having good friends around bila di perantauan macam ni..
mama and adik seronok sangat tahun ni depa dapat rasa meriah skit raya sebab usually tiap kali raya, diaorang berdua je beraya atas highway! sebab balik KB ziarah kubur abah..
abang aku memang sokmo raya belah bini jer tiap tahun..
mak aku pun takmo paksa abang aku raya dengan dia sebab dia pun tau, belah kitaorang ni tak semeriah belah bini abang aku yang ramai tu..

::raya anak perantauan::

kitaorang berkubang kat umah Kak Non sampai malam kauuu!
hahahhaa..perangaiii sangat!
siap para lelaki pi semayang Jumaat dulu, then balik sambung makan balik..
then pi stadium bagai sebab sapot Dato LCW ada game petang tu..
peh tu balik umah Kak Non, sambunggg lagi makan!
giler beraya sakan sangat namanye niii..

::semangat nak p stadium oii::

::semangat nak p stadium oii::

since umah Kak Non dekat je dengan stadium, kitaorang berarak jer pi reramai..
Cik Aimi siap dah bawa flag Mesia dah tu dalam hbag! semangat wehh!! hahhaha!

::Malaysia Boleh!::

::Malaysia Boleh!::

disebabkan keselambaan kitaorang pi stadium dengan baju raya, maka kena intebiu dengan media.. hahaah!
tah sokabar mana tapi tak kira aa janji glem di hari raya penuh semangat patriotik nihhh..
siap soh adik aku pegang jersey Dato LCW hah.. chaiyookk!!
11754500_10153387365211827_676866108743234007_oeven Dato LCW lost to Chen Long, tapi it was a good fight!
sangat best tengok.. he did a very good job laa despite kena ‘cuti’ lama giler..
this is my very first live badminton game dekat stadium..
ramai gak Malaysian mai sapot.. each time Dato LCW dapat point, they will clap cheering!

:supporters::

:supporters::

so i guess thats about it citer raya pertama kitaorang..
panjang lak rasa so stop sini dulu..
citer raya kedua sambung nanti..
kbai!

SELAMAT HARI RAYA PADA SEMUA…

Advertisements

::raya in Taipei::

it was great i guess..
mebi sebab sini ada banyak agensi len so meriah aa skit dari Algeria dulu..
tapi apart of that, yang tak best adalah sebab kitaorang kena raya hari JUMAAT!
sangat tak best tau bila sanak saudara, rakan taulan dah beraya sakan hari Khamis tu..
and you, have to fast another day!
sangat sangat potong d feeling ok!!

tetiba pulakkk Taiwan nak ikut Brunei..
ciss!
kenapa ko tak mo ikut Malaysia and Indonesia??? why??
walhal sini majoriti kat Masjid tu adalah orang Indon belaka..

i end up mangkit lambat that day..
sebab tido lepas sahur which is kui 4 pagi!
serba salah pulak aku nak bermaafan di hari raya with my mom when im still in fasting mode!
last-last i gave up and call jugak my mom..
itu pun dah petang!
hahahahah..
kemain berperang dengan diri sendri sambil tangan pegang telipon..
nak call hari ni ke? esok kot? hari ni? esok?

sangat takde feeling wehh..
haihh..nyampah!!

sooo..on Friday, baru rasmi nyer raya!
we went to the Mosque..
er? aku dah raya awal ekceli..heheheh!
even bendela jepun, still gua nak pegi masjid!
amik semangat raya skit!
dengar takbir raya.. seronok!

::belah sana tu, geng Aprika kemain meriah baju raya color block demeh::

lepas semayang raya, kitaorang yang mana ada tu, terus pi open house umah pegawai MIDA nih..
dia ajak bertandang umah dia dulu..
anak cucu dia sume turun dari Mesia.. so memang meriah laa..
aku as owez, berdua jer ni memang takde problem..
orang jemput, kita folo jerrr…

dengan cucu dia yang montel banyak cakap tu..
yang baju pepel n biru tu adalah sebaya ek, 3 tahun!
sila aa terkejut skit!
siap si montel ni bley sepak-sepak kaki aku wehhh!
gurau macam biawak..
nasib aa atuk ko dekat situ..
if not, memang aku cubit jerrr.. hahahahha!

since our Raya jatuh hari Jumaat, makanyer the men have to go for Friday prayer aa..
the lepas solat Jumaat sambung balik, ada open house lagi..
kali ni opiser MFTC lak..

kali ni melantak asam laksa ngan mee kari pulak..
perghhh…
ketat perott!

lepak lama gak situ..
balik umah, aku ajak Haji blakang umah tu and my fren singgah umah pekena lemang n rendang sat..
kira high tea aa pulak..
aku ingat nak tapaukan rendang aku skit ke demeh tapi dah alang-alang mai umah, mari aa pekena sesama..
sambil-sambil kasi anak dia tido sepam..
tadi kat open house yang len anak dia tak dapat nak tido sangat..
tak selesa mebi..

alkisahh laa first day raya aku…
total baju gua pakai… DUA!
baju lama je recycle..

hari Sabtu, berlega je kat umah..
layan Disney Chanel sambil layan mee goreng with rendang..
lepas makan, tetido depan tv..
mangkit, sambung makan..
gitu aa citernyerr…

hari Ahad, ada open house lagi..
ini konsep dari lunch santak ke dinner namanyer!
sumenyer sebab si LCW aa nih..
yang lelaki aa sibuk nak tengok match tu..

::sibuk bersorak tengok match LCW::

para bini jenuh dah hint-hint nak balik..
demeh wat nongeng jer..
last-last keciwa jer LCW injured..ceh!
hahahhah!

as for me, aku tak kisah kui bape pun nak balik..
sebab aku sibuk men ngan dua budak donut nih!

::nik aira yang fotogenik!::

::cik rania bambam::

tumpang kasih sayang anak orang jer aa..
seronok gak gini..
bila dia
tengah mood cantek, pegang laa..
mood meragam, kita passing balik ke mak dia..
kah kah kah!!

::with mummy aira and mummy rania::

::hahaa dasar zaman milenium, beraya pun sibuk ngan gadget::

::beraya style bersepah duk laa mana ko suka::

soo…
thats it hari raya aku kot..
gua tak cuti raya tambahan, makanyer Isnin aku dah bertapa kat opis dah..
malas aih nak buang cuti..
kumpul buat balik Mesia lagi best…
heheheheh!

tak reti gua nak buat ending..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI y’ols..
maap zahir dan batin..

ok dahh!

::citer basi raya::

holla!
perghh kemain lama tak berblog..
gua terkena writer’s block gitu..cewah!
reli weh.. bahan ado je tapi nak karang tu macam tak reti nak start mana..

aritu ada dah gua wat entry dalam Gtab..
gigih nihh, siap boh gambo bagai.. tup2 tah apa aku tertekan, dia mcm ter’reverse ke hapa and when i try to open back my entry kat folder draft, wallah! ilang tinggai tajuk jerr!
tidak kah itu mendatangkan amarah namanyerrrr…
terus aku malas!!

and some more.. 2-3 hari ni tiap kali aku klik je new entry, tiap kali tu aaa line intenet ilang ek..
TIAP KALI OK!
apakah petanda tu?
tak izinkan aku berblog kah?
ok FINE!
gua men game Freecell sampai ke petang!! #sentapmaklimah!

see?
sekali chesue kalo dapat membebel, separuh kertas kajang dah gua hentam!
citer raya blom jugak-jugak start..

ehem!

ekceli aku dah lupa raya aku macam mana rupa tahun nih! hahaha!
sebab as usual, aku tak excited beno bila raya..
takde feel dah..

ate since kawen dekat 5 tahun nih, tak penah lagi aku cium tangan makpak mau pun mertua di pagi raya..
and bila kat sini, pepagi raya IF Embassy Indonesia jemput kami semayang raya sekali.. balik umah dah tengah hari sebab kena hadap jamuan raya depa sekali..
then nak salam raya minta maaf ngan enche asben dah selebet berlengas je selalunyer..
kengkadang dah separuh bukak kain baju kurung baru teringat “eh B, Sayang tak raya lagi ngan B aa..”
selalunyer aku aa peringat.. enche asben memang takkan ingat (or buat2 derk?)

peh tu sesengih kerang, salam macam takde feel pun memasing macam segan-segan ayam..pui!
macamkan baru nak bersentuh kulit je rupanyerr..
takde sesedih ke hapa walhal setahun sekali ni nak mintak maap ngan laki tuu..
kemain bertong-tong dose tu (hehehhe! taun ni gua kena title “degil’)
macam nothing-nothing je kekdah..
dah aa salam sambil berdiri je selalunyer and 5saat je dah selesai.. huh? itu je??
sungguh tak ‘suasana hari raya’ ok!

soo…
tahun ni Embassy Indonesia masih ‘kesian’ ngan kami, jemput semayang raya sama-sama..
dah aa keluar umah lambat (heheh mak limah terover bersiap)
sampai-sampai je kat Residen Duta Besar, dah angkat takbir!
haiyoo…! laju-laju gua sarung telekung and masuk ke saf…
fuhh.. nasib aa dan..

::yg dah separuh bukak tu, Algerian kawen ngan Indonesian..ckp indon laju tu::

see?
ramai komuniti depa..
and diaorang ada Atache Agama.. so everything bley buat sendri..
bukan tak bley semayang kat masjid Algiers tapi tu aa tak best sebab tak paham part khutbah kan..
tak feel aa ko tercengang-cengang depa cakap arab, sebutir apa pun ko tak tau..

after that, Ambassador dia ada wat jamuan raya and karoke session..
lama gak aa bertapa kat situ..
jenuh gak aa lap peluh.. kemain panas!

::us with my opiser n ustaz Rahim, staff Embassy Indonesia::

balik je dari sana, masuk umah terus pasang full blast ekon and memasing terus pengsan dekat depan tv..
berdoa aa aku jangan ado yang mai beraya.. aku tak buat apa langsung nihh..
tapi petang tu Haji Hassan mai jugak ngan Haji Goby..
haishh!
nasib baik aa ado  biskut raya..
jamu tu je larr..

malam tu baru aku sibuk buat rendang daging, kuah kacang, rebus ketupat & lemang Nona..
rasa macam buat banyak kemain, tapi 2hari je dah langsai di tarah orang umah jer..
hmmph…

owh and aku takde buat open-open house..
takde pegi pun umah orang gak (macamkan ramai pun orang nak diziarah pun)
memerap kat umah je sepanjang cuti..
panas weh kat luar tuu! tak kuasa nak kuar..

lagipun before raya aritu kami dah buat jamuan raya kat Hotel Mercure, combine ngan Air Asia X..
depa mai sini for few weeks sebab Algeria chartered flight depa for trip Umrah bulan Ramadan..
jemput aa sekali a few Malaysians yang tak balik raya sekali..
ramai aa gak.. meriah aa skit tengok sana sini cakap melayu kan..

kami buat hari Sabtu malam tu.. and sebabkan raya jatuh hari Ahad kat Algeria ni, maka jamuan raya jadi jugak majlis iftar..
takley nk tukar tarikh dah sebab crew Air Asia time tu je tengah free..
tukang masak lauk adalah bini opiser aku..
aku kena goreng mee jer, nasib baik laa..

::2-round menggoreng::
::adik-adik sangat weh.. oppss!::

banyak lagi gambo tapi ini je aku dapat, jaaadi la..
malas nak carik hok lain..hehehhe..!

then..
raya ke-3 gua dah tercatuk kat opis dah..!
hebat?
haah haibattt sangaaaatt…

and skang gua memang dah officially declare, raya is OVER!
aku nak fokus ke mengemas je dah nih…
itu nanti aku citer len entry ek..

ok nak layan biskut merie sat..
lapo aa pulok!
babai…

::balik raya tak?::

balik raya tak tahun ni??”

haih kengkadang aku malas toi ngan soklan nih..
dah sah-sah aku kat aprika weh..
bley tak jangan tanya soklan gini kat aku..
if aku tak war warkan kat FB or tuit tu, meaning aku tak balik aa..
macamkan spoloh doploh kilometer jer kampung aku tu ngan aprika nih..
ingat murah tiket kapaltrobang tu?
takde spoloh ribu hinggit, ko usah mimpi nak balik ek..

hari ni aku tengok kengkawan lain sume sakan dah nak balik raya..
i wish you guys berhati-hati di jalan raya..
sila jangan ganti suasana raya mak pak korang ngan kesedihan menyambut jenazah pulak..
berhati-hati tu maksud aku bukan sekadar bawak cermat-cermat je ek..
hati-hati gak tengok cara pemanduan orang sekeliling..
kengkadang bila korang cermat, orang lain yang bawak mcm lembu giler yang buat korang tersasar sama..
always be alert ek!
gua doakan korang sume selamat sampai ke destinasi masing-masing..

for me, wat i do on my last day of the week/Ramadan?
sneak peak!

yap..
nice kan?
meja sampai tenggelam dahh tak nampak apa..
ni kalo cleaner aku tengok sure dia stress..
baruu je pagi tadi dia nyapu aku dah selerak balik!
hehehhehee…

its ok..
aku saja nak bizi kan diri..
ni pun aku wat pepelan.. sat-sat kang aku stop layan FB, layan blog..
then sambung balik..
aku takmo rasa macam makan gaji buta sangat..
mementang takde orang nak monitor kau..
kemain sakan ko goyang bontuit kat opis kann…
guilty shial…

hate it when my conscience speaks to me..!

ni aku nak amik kesempatan ni untuk ucapkan Selamat Hari Raya to you guys who read my blog..
tak kira di mana pun korang beraya tahun ni, whether its in Malaysia or all over the world, RAYA iz RAYA!
so have fun ok..
wishing all the best and have a wonderful Eidul Fitri…
lepas raya kita update balik blog ek..

chesue pun nak beraya gak weh even not that meriah like in Malaysia..
but it is still RAYA and that means CUTI PANJANG!
itu yang fenting tu…
hehehehhee….

lagipun its my last raya in Algeria… opss…!
k babai~!

::tayangan biskut raya::

for the first time ever, chesue gigih menggentel biskut raya ALL MY HERSELF!
syabas bete!
im proud of u…
kemain ikut bit by bit resepi dalam buku..
risau nihh…biskut tak jadik kang, berbakui aku nak hadap perlian enche asben!

its not pretty but its a start..
orang tak penah wat biskut raya la katakan..
gah dia len macam skit..
still berlagak nak tayang jugak kat blog..
hahahah..!

::cornflakes susu::

biskut aku merekah sebab aku pi penyetkan dia..
bongok!
patut takyah picit pun, dia akan otomatik leper sendri time bakar dalam oven..
yes! kesilapan pertama..
nasib aa rasa dia ohsem!

::suji kristal derhaka namanyer nih::

kenapa derhaka?
sebab dalam resepi dia soh boh kaler lain, tapi aku boh kaler lain..
dah aa terlebih kaler..
hambik kau, kemain garang biskut aku jadinyer..
patut dia kaler soft-soft je..
galak nau menuang kaler dalam adunan kann…

and aku tatau napa biskut aku leper!
mencik toi..
tak comel bolat2 punn…
aahh lantak janji rasa sama..
#ayatsedapkanhatisendri

alkisah nyer semalam aku dah tertepis satu balang biskut cornflakes!
huwargghhhhh!!!
dah aa biskut raya ko skit..
peh tu ko tepis pulak..
berderai laa kawan tu…
stress di situ!

wiken kena bergigih tambah lagik..
haihh…
mencik toi akuuu…
tu aa tangan huru hara sangat, merata-rata nak melibas..
kan dah terlibas biskut sendri..
padan ler muka…

wuwuwu~!