:: lets rawwrr! ::

ingat nak citer pasai beranak aritu tapi since thumbdrive gambo-gambo tak bawak la pulak arini maka kita tukar story len aa ek..
kebetulan lakk arini ada kes yang buat my blood go upstairs so mari laa kita merempan dulu..
owh before that, salam jumaat dan selamat berpose everyone! *sambil lambai ratu*

ehemm~
here we go..

pepagi iols dah kena marah dengan bos because of mistake orang len yang tak efisyen buat keja! reli aa buat aku nak menjerit pepagi tadi..
dah aa aku tengah drive masa tu.. korang tau aa kan caner traffik pepagi kan..
kalut aku drift ketepi sebab nak menjawab call..

alkisahnye pasai transport bos aku nk gi meeting pagi ni aa.. aku dah mohon seminggu awal untuk bos aku.. dah aa jenuh nak kejo ketua kerani (CC) yang jaga drebar tu.. buat keja macam taik!

dah aa dia silap kasi info ke drebar, aku minta untuk pagi Jumaat, dia bantai kasi ari Khamis.. dah tak pasai drebar call aku pagi tu tanya mana bos aku ni? dia dah tunggu lama..

ok mebi silly mistake dia terlepas pandang almaklum orang tua, aku still bersangka baik lagi.. so aku call to correct the mistake and asked again, sapa drebar bos aku untuk Jumaat hari meeting yang sebetulnya.. dia boleh dingdong-dingdong lagi kata tengah buat ni.. ok aku sabo, kasi time.. petang kang aku call lagi..

bila call petang, dia kasi aa info drebar segala then aku terus aa inform bos aku.. tup-tup pagi kejadian bos aku cakap takde keta tunggu dia lakk!! dia call drebar yang aku kasi tu, tak berjawab.. cibaiiii~
bos aku dah menjerit suruh cepat-cepat sebab dia takut lambat! aku ni takleh orang push-push gini, aku panikk.. dah aa aku tengah drive!
before aku terlanggor pokok segala, better stop tepi aa and solve this matter..

aku call CC transport, tak berangkat! demmitttt..
aku call drebar yang suppose to send my boss, nasib dia angkat tapi dia inform aku bukan dia yang patut hantar bos aku lakkkk! dia cakap CC dah tukar ke orang len..
which is kebabian napa dia tak inform akuuuu dia nk men tukar-tukar gini!
nasib aa drebar tu nak gak tolong skit by messaging my bos kasi hp no. drebar yang patut anto bos aku tu..

apa-apa pun, aku whatsapp balik bos aku informing that its not my fault and aku akan log a complaint about this matters! selamatkan bontot sendri dulu okkkk.. bos aku tu dah aa bekas navy! garang okk..
dah aa bos aku sikit-sikit cakap “tah-tah awak salah letak tarikh?”

aaaa dont ever-ever question my work wehh.. aku double check okkk apa-apa dengan dia niii.. sebab aku tau dia ni garang and dulu before aku kuar posting, aku penah keja satu division dengan dia and penah kena maki! so do i want to repeat that? i dont think soooo!!

sampai je opis, terus gather all the information and karang this one long complaint emel with gomen words.. do you know how hard it is to express your ketidakpuasan hati ko dengan ayat gomen? ko nak marah berapi-api volcano tapi ko kena sopan santun ayat pusing-pusing, bahawasanya, oleh sebab itu, beliau, bla bla blaaa.. bertahun aku asik karang in English so my gomen wording a bit rusty la..

nasib baik aku dah siap emel segala, bos balik dari meeting terus tanya mana komplen aku and by the way, dia kena drive sndri ok ke tempat meeting dia ek.. so sejuk aa skit ati dia bila baca segala bukti aku kasi, he still bebel-bebel laa but as long as its not at me..im good!

bila jadi macam ni kadang-kadang aku panik and question myself, eh betui ke aku buh tarikh sekian-sekian? dah jadi macam tak yakin lak dengan kerja sendiri.. walhal ko memang dah buat betul dah..

geram aku dengan orang macam ni.. this is not the first time aa CC transport tu buat keja silap macam ni.. kadang-kadang aku kesian ke drebar-drebar tu aa gak.. sebab orang akan marah ke drebar dulu sebab tak mai bila tarikh yang diminta.. padahal depa tu ikut je jadual yang CC transport kasi..

aku tadi pun nasib aa boleh kontrol lagi.. drebar yang suppose to send my boss call tadi and inform aku dalam jadual dia, dia kena anto bos aku pukul 10.45 pagi.. giler! aku minta suh hanto pukul 7.30 pagi and pick up dia pukul 10.45 pagi! korang tengok aa caner CC tu buat keja.. nyirapp darah toi! siap drebar tu lak minta maaf untuk CC kata biasa aa orang tua, kadang-kadang blur..

kalo dah tau tua, sila aa pencen cepat-cepat.. keja-keja macam ni, kalo ko takleh nak fokus dan buat sambil lewa, sila kasi orang yang boleh buat.. dah aa keja ko melibatkan kerja orang len gak.. terlewat orang pi meeting ke function penting-penting ke? caner?

so sekarang aku rasa bos aku tengah karang emel untuk kasi ke bos beso bahagian CC transport tu.. hadap aa ko lepas ni..
mana aa orang tak mengata orang gomen lembab buat keja..
ate memang punnnn!

puih!

ok sekian merempan di hari Jumaat aku..
satgi nak gi soping, need a soul therapy setelah tercalarnye mood Jumaat aku di awal pagi..

beli sudu pun jadi aa, janji beli something..

kbai~

Advertisements

:: scam and dumb people ::

its been a long time since i last deal with kes-kes scam duit ni..
time dekat Algeria boleh dikatakan hari-hari ada je orang emel tanya or nk verify betui ke tawaran sekian-sekian dari kampeni bebeso such as Petronas, Shell etc.
dekat Algeria, we always receive pertanyaan berkenaan tawaran pekerjaan dengan gaji yang beribu-ribu laa..
tapi dengan syarat, ko kena bayo fee itu ini yg konon-konon for the visa or working permit ke hapa tak pasti aku..

biasa aa scam kann.. dia kasi yang manis-manis duluu… once u are hooked, then they snatched you by the mouth like a fish!
selain dari tawaran pekerjaan, nak offer tumpang akaun or nak kasi wasiat tu memang ada laa..
ada yang bodo pegi percaya terus and bila terkena baru nak sibuk cari kitaorang nk clarify..
tapi aku siap dah up kat website aa suh careful benda-benda gini..

scammer ni pandai wehh.. ada yang buat tawaran-tawaran kerja tu siap bubuh url website bagai and bila aku klik memang ada!
and if ko tak careful, memang akan tertipu punye!
ada sekali tu aku dapat url website private hospital apa tah tak ingat pulakk akuu.. femes gak aa kat mesia..
and its a fake one! tang mana kantoi dia? tang NOMBOR TELIPON!
usually depa ni akan buh no. hp…
tapi for non-Malaysian, mana tau kann itu no.hp or landline punn…

tapi there in Africa region, what do you expect kann.. sah-sah pakar scam ni memang banyaknye awang itam..
and Algerians lak, gullible sangat and so desperate to get out from their country and have a better life outside.. memang senang kena laa!

ok itu ok laa kann..
tapi hari ni aku dapat panggilan dari this one anty from Hsinchu..
nasib boleh cakap English even not that good so ok aku boleh assist skit-skit..
she asked about inheritance tax Malaysia kenakan ke pada orang Taiwan?
and i was like..huhhh?? its ok to admit that u dont know, dari pandai-pandai sendri kann so i asked her to emel to me what this is about.. so that i could forward her inquiry to my officers and asked for assistance..

so she did that.. and aku nampak dia attached this one certificate..
once i open it.. aku dah nak gelak..
FUND OWNERSHIP CERTIFICATEko tengok laa betapa kalerful nyer sijil ni!!
and its from Ghana!!
ya tuhannn… adoi laa macik oiiii… ko ada sedara hapa pulakk kt Ghana ni???

so i quickly called back that anty to inform her laa this is a scam..
tapiiii… ewah ewahh this anty kemain mempertahankan pulakkk benda ni legit! and that she already went to Malaysia and talk to this Citibank Manager yang kata fund dia memang dah ada dalam bank tu tapi takleh kuarkan sebab LHDN minta inheritance tax dulu..
adoi laaa…
what can i say?
not to give up.. i asked her for details of that Citibank Manager pulakk.. so that i could check wujud ke jadah orang ni..

she said dia takde pulak contact orang tu…
ada emel jer kehapa tah.. pulakkk!
so i asked her to forward the emel to me..
and this is what i got, attached with the emel..
PengHuiYing_LHDN180815hambik kauu…
bogel macam ni jer LHDN kasi hahhhhh…
address with no.contact number watsoever..
tapi emel tu dari Financial Representative Citibank kononnye.. but this macik tak reti lak kot nk forward emel orang tu.. dia copy paste je kot emel n anto ke aku!
tapi bawah nama pegawai citibank tu, the pegawai only put no.hp!
reli?? hp no? gilerr.. mana ada orang keja bank pakai emel personal and put his/her hp no ke customer?
and it was Citibank some more!

feeling a bit kesian ke macik tu.. even she insisted that she is right and AKAN dapat duit wasiat berjuta-juta lemon tuu, aku tetap gak balas emel dia and put info for her to check, if dia nak cek laa kann…
aku kasi no.tipon customer service LHDN yg betui and website LHDN yang official..
sila aa cek macik oii if ko takmo pecaya cakap aku punn..

takyah laa nak feeling-feeling tetiba ada orang nak DERMA wasiat kat ko juta-juta..
you are not PM of …opss!

heheheh..kbai!

::banjir air jamban::

tak pepasai gua ada story ari ni..
hahahha!

yap!
opis gua telah banjir di tengah musim summer!
ujan idak, typhoon idak, tau-tau tenggelam!
blup! blup! blup!

::the casualties::

horror toi membayangkan esok-esok ni abih aa berbau bilik Ambassador nihhh…
mati laaa..
karpet lak jenis beso tebal lak tu..
amik masa nak kering and definitely sure akan bau hapak punyer laa…
dah aa skang ni cuaca is not that hot.. dah penghujung summer..

itu dia punca dia..
tak semena-mena dia mencurah-curah ayor.. not thru kepala pili but from a hole bawah kepala pili tu..
cilako toi…
tempat basuh bontot ni punyer bahana, abih satu bangunan flooded!
AIR JAMBAN pulak tu ok!

and paling best tu..bilik air ni takde lubang air!
memang berenang aa dalam bilik tuu..
kemain bijak toi laa sapa kontraktor yang design umah nih…
meh sini aku nak sekeh skit!

and since there is no hole to be found, we have to swipe the water all thru the hallway, down to the coridor..

kesian Naimah, our cleaner.. dah aa this week, all the men takde tengah cuti..
hanya ada sorang je Security Guard bertugas, si Faci kat opis..
dia aa yang mengangkut segala karpet-karpet keluar and moved all the furniture..

as for me, i lend a hand oso..
wehh aku bukan bos beso nak duduk silang tangan tengok depa buat keja kat tepi…

mendayung aa aku ngan the ladies..
jenuh gak aa and air sampai ke bilik filing aku lak tu!
dah aa ada 4 bijik kotak kat atas lantai tu, aku boh dokumen-dokumen lama PA dulu yang tak larat aku nk filingkan..
hmm memang aminnn laaa…
takde sapa nak angkatkan pun..
alang-alang ko dah basah..lantak!
ko pepandai laa keringkan diri sendri..

macam kebetulan pulak tau..
dulu at our previous building before i came pun ada kes tangki bilik air pecah gak…
abih bilik PA banjir!
dah mat tu letak all his files on the floor.. naya!
by the time aku sampai, all the files i have to manage got this dried-toilet-smell!
best kan???!
hampeh toi.. i have to change most of the files’ cover..
ate dah kering rupa keropok dah!
isi dalam takley buat apa aa kan.. tak larat aihh nk potostat sume balik!

and now, again our Embassy’s building is ‘blessed’ by toilet water…
huraay!
and this time, its my time to leave..

dulu ko sambut aku ngan bilik ‘blessed’ with toilet water..
and now ko iringi pemergian aku ngan toilet water gak…
super niceeee~!

::mau jadi retis Algeria?::

haah u read it rite..
nak jadi glemer satu Algeria tak?
hehehhee.. ni opiser aku dok try tolak kat aku soh jadi wakil Malaysia untuk satu dokumentari channel tv Algeria berkisarkan life foreigner di Algeria menyambut Ramadan..
HAHAHAH~!

perghh.. tak ingin laa aku..
pliz laa im to diva for the camera *flip hair*

hehehe.. iyer aa diva la sangat kau chesue weh..!
yang sebenarnyer aku ni penyakit gugup adalah kuat ek..
apa saja nama soh ‘ke depan‘ memang gagap la aku lepas tu..
stage fright even tak soh naik stage sekalipun, ko tolak aku soh public speaking depan orang pun aku bley gegau tetiba.. abih pitching lari masuk laut pasifik!

ekceli tahun sudah, opiser aku dah jadi mangsa dah.. tu yang dia nak tolak ke aku tahun nih..
bos aku dulu tolak ke dia soh terima sebab dia sorang je antara kitaorang yang ado anak so kira ‘perfect‘ for the job laa untuk menunjukkan a family routine kan..
time tu anak bos aku dah anto balik Mesia so macam tak best la tunjuk life laki bini je..
channel tv tu nak family..

glemer aa sat opiser aku satu Algeria..
hehhhehe!
channel tv tu nak rakam life ko seharian dari pi keja sampai balik umah segala..
kemain aa opiser aku berlakon, siap pegi pasar pun cameraman folo..
peh tu malam lepas dinner, siap ngajar anak-anak ngaji! harus aa tunjuk contoh cantik ke seluruh Algeria kan..

and if laa AKU yang depa nk rakamkan..
apa saja laa yang aku nak tayangkan?
tell me?
pi opis aku takde bos.. apa sangat laa keja aku nak tunjuk..
takkan nak tunjuk seharian aku hadap FB?
and if aa aku ‘cari’ keja, aku bukan duduk setempat act like a tipikal office people..
keletup keletap menaipp je 24/7…
realitinyer, aku kat opis dengan muka skit je lagi nak rupa Ju-on, berbedak je without lipstik..
dengan berselipar ke sana sini, angkut file.. tercangkung-cangkung nyusun itu ini.. buat sepah merata-rata kertas aku men campak je kat lantai..
reli huduh laa cara aku bekerja bila takde bos nih.. takde yang indah aihh~!

and time balik dari opis, terus tukar uniform masterchef aku..
suar trek hudus dengan singlet semata *ehem(duk umah, everything must be free.. lemas tercekup seharian!)
then simpul rambut, sepit (rupa nyonya tua)..
peh tu gelek Gtab aku ke hall, terus tergolek terlentang kat sofa dengan enche asben depan tv..
sambil google resepi apa nak masak untuk berbuka sampai terlelap..
kui 5 baru masuk dapo..
kui 8 berbuka..

see?
that is my Ramadan routine ek..
and IFdepa nak rakam kehidupan aku sangat la kan..
haiyooo.. harus mak berpura-pura sampai ke langit..

tetiba aku duk umah kemain sopan berkain batik kehapa, ayu je rupa..
peh tu duduk simpuh seliuh kat sofa instead of my usual, terkangkang depan tv..
lepas makan, undur diri cecantik pi semayang berjemaah ngan enche asben..
fuhhh~!
then kengkonon lepas iftar akan spend quality time together-gether, bergurau senda ke hapa seperti dalam drama swasta tuu..
wakakakkaa..
yeah rite..
aku ngan enche asben kat umah ni dah macam tokey cybercafe..
meja makan kitaorang kat hall ni penuh ngan laptop memasing, segala notebook enche asben, printer bla bla bla..

enche asben ngadap aku, aku ngadap dia..
itu aa keja kitaorang tiap malam lepas makan if tv takde citer best..
kengkadang tu, memasing hadap laptop tapi tv bukak gak..
sambil hadap laptop, sambil mata tengok tv..sambil korek idung (ate dah buka pose!nikmat tuuu)
multi-tasking gitu..

ko tengok laa ‘opis’ laki aku..
kalah orang keja pejabat ok..
siap ado candle stand lagik depan muka..
kau ado? ado?
hahahhaaha…

so ini ke yang nak ditayangkan ke seluruh Algeria?
reli aa we are not the suitable Malaysian family to be representing the country laa..
wat malu je..

life kami amat rock!
simple and bersahaja.. wat you see is wat you get..
malas aku nak berlakon aih..
cukup aa aku glemer takat skang ni je..
karang masuk tv, makin ramai mengejor kang..
ate tak masuk tv pun depa sibuk terteleng-teleng tengok kami..
sibuk tolak anak memasing soh bergambo ngan kitaorang..
kalo masuk tv caner? caner?

takpe laa..
saya suka je jadi orang biasa, tak suka publisiti-publisiti nih.. #komenalaretis

::rezeki perot::

tiap kali aa aku bawak bekal dari umah, sure ado je rezeki mai melimpah-limpah..
termasuk aa arini.. aku dah siap-siap bawak bekal bun kari ayam aku 2 ketui..
satu untuk bekpes, satu untuk lunch aa perkiraannyer..

tup-tup Cleaner opis nak banje satu opis makan lunch..
dia bawak homemade dishes.. gigih si Naima nih..
katanyer sedekah.. iyer aa murah rezeki dia sejak jadi Cleaner opis..

aku kalo Naima ni masak, aku orait je sebab dia dah lama jadi maid kat umah bos aku dulu..
dah blajo banyak dah masakan Malaysia.. and apa je dia masak, memang setap je!
hehehe..
so mari laa reserve perot untuk tengah hari.. roti ku can wait ek..

dont ask me what it is..
aku sendri tak tanya nama lauk.. mak tau m.a.k.a.n sajok! heheeh..
tau-tau si Naima naik bilik bawak segala benda nih..
hamboii kemain bos kau chesueee…

oo yang carik-carik tu adalah roti Algeria sebijik macam roti canai..
texture sama je.. even Naima pun panggil dia roti canai! hehehe..
tengah tu macam Shorba sayur.. dia letak ayam seketui tak berpotong dalam periuk Shorba tu sampai segala ayam and sayur lembut to the touch..
then baru  kuarkan ayam tu, carik mcm tu je and served..

ujung tu adalah lauk ayam tatau apa nama gak..
tapi dah macam rendang je rupa dia..
setap!!

licin aku hentam sup tu.. tah sayur apa dia boh aku tak kenai..hehehh!
zuchini kot hok ijau macam timun tu..
kuah dia lak masam-masam tomato.. so memang layan lerr..

lega dapat full meal macam ni..
ketat terus perot, siap terpaksa bukak button suar lagik..
owh mebi rezeki depa bebudak opis aa arini sebab aku pun bawak something for them..
aku bawak agar-agar lebih open house semalam and kek aku buat..

kek ni ok aa senang nak buat..
aku kan kalo bab kek memang asik laa bantat tapi hok ni berjaya dengan cemerlangnyer..
resepi is from here ek…
ikut everything, surely akan jadik..

ok laa..
that is it i guess..
aku nak pi teman enche asben makan..
lalallaalaaa~