:: murtad ::

dah lama nak borak hal ni.. bunyik macam heavy jer tajuk, macamkan teror nak kupas isu gini.. hehehehe!
well…
aku rasa sure ada di kalangan korang terserempak FB orang-orang melayu Islam yang dah converted to agama len and publicly announcing it..
aku ada aa terbaca mana-mana and being me, aku suka pegi tengok sendri FB orang tu, then baca komen-komen orang ramai..
from there, akan terjumpa lagi beberapa orang yang dah converted yang konon memberi kata-kata semangat sebab dah jumpa ‘jalan yang sebenar’ dan bertemu ‘tuhan yang sebenar’

im not gonna condemned them.. itu antara dia dengan tuhan la..
as all said, kubur len len.. harap-harap aku tak kubur sebelah dia, cukup aa..
i know, kita kena sedarkan dia as part of our duty being a Muslim.. tapi if ko ilmu pun tak cukup di dada, you will end up bashing them dengan kata-kata yang tak sepatutnye dan memandang hina kat dia yang dah murtad..  saying that dia akan terus ke neraka!
thats what i saw in this case..
ramai dok bashing depa sekeluarga..
tapi dia mengambil jalan releks dan tenang jerr..

from here, apa yang korang nampak?
aku malu ekceli bila baca all the comments dia and all the other non-muslims dalam comment FB dia dok pertikai cara orang Islam ‘menegur’ depa ni..

that fellow, dia laki bini dah convert.. then anak-anak turut serta..
diaorang convert sebab rasa Allah tak sayang depa, tak makbulkan doa depa..
tapi lepas depa convert, terus doa-doa termakbul kononnya..
maka bertambah yakin laa depa..

orang mesia ni biasa aa, cepat meloncat skit bila hal-hal berkaitan Islam..
kemain bersemangat macam pahlawan nak turun perang jihad kalo orang ‘sentuh’ skit hal agama.. walhal semayang 5 waktu punn tak cukup *ehem!*
so berduyun-duyun laa menjadi keyboard warrior carutkan depa sekeluarga..
yang mana rasa ilmu setebal buku Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka pulak, dok ajak berdebat!
tapi last-last end up bashing laa.. itu kann kehebatan orang melayu kita?! am i right?

dari sini apa hasil yang dapat?
adakah diaorang akan tersedar dari kesilapan dan kembali ke agama asal?
menyesali keputusan untuk menjadi murtad?
siap rela kena buang keluarga bagai..
hmmm I DONT THINK SO..
laaagi diaorang menjauh, lepas melihat sendri cara orang Islam kita ni kemain carutkan depa..
siap dia dan kawan-kawan church dia nganjing kan lagi agama kita.. saying ini ke ISLAM?
ada paksaan ke dalam Islam? Islam guna kekerasan ke?

part ni aku malu..

macam mana aa orang luar tak chop Islam ni terrorist laa apa laa..
bila segelintir manusia gini merosakkan nama baik agama..

for me, orang dah murtad ni ko usah laa cuba nak sedarkan depa if ko sendiri tak cukup ilmu di dada..
aku rasa orang-orang gini patut di tazkirah kan oleh Dr. Zakir Naik jerr..
jenis orang yang ko ajak berdebat, dia boleh cantas ko dengan segala surah and chapter apa bagai, sume dalam otak dia..
sume bukti dan fakta dalam tangan..
memang terkedu nak jawab dik non oii..

aku penah tengok ceramah Dr. Zakir Naik ni, ada sorang non-muslim girl ni kasi soklan ke dia pasai apa tah..
then Dr. Zakir balas bertubi-tubi dengan bukti-bukti kukuh yang ada dalam kitab dia and Al-Quran.. fact!
dumm.. terus budak tu ucap syahadah on that spot!

to tell you the truth..
bila aku baca FB budak tu, aku rasa takut sangat..
how can all this years, ko yakin pada tuhan yang satu..
then tetiba ko ilang keyakinan and move to another tuhan?
mana pegi segala kepercayaan pada Allah yang telah diterap dalam jiwa selama puluhan tahun tu ilang?
sejak di bangku skolah dah di ajar, that u called God, adalah salah seorang nabi Allah.. how come ko boleh percaya dia tuhan lak skang?
sejak skolah gak, dah di ajar Al-Quran selengkap-lengkap kitab..
camner ko boleh pertikaikan itu and trust another kitab? yang sah-sah ada je sebut pasai Nabi Muhammad SAW dalam tu before he came..

dalam pada tu, aku kadang-kadang mai rasa curious gak..
nak tau apa laa ada dalam otak diaorang yang murtad ni..
kadang-kadang rasa nak tanya je depa ni..
tapi orang gini usah dibuat main ek..
satgi depa try tarik kau lakk join the club!
nauzubillah laaa.. mintak dijauhkan dari diri kita dan keluarga kita semuaaa…

eh ok laa.. sambung citer len lak next time..
nak gi tapau nasik dah lunch hour weh!
kbai..

Advertisements

::borak sat::

ola everyone!
dah lama tak berceloteh kat sini.. rinduu nak merepek benda-benda tak penting tapi tu aa tiap kali ada je aku nk taip, tang tu aa keja mai..
or i got distracted by website Lazada !
hahahaha itu lagi satu musibat beso tuu.. terjebak ahkak dalam kancah yang tiada penghujung!
tau-tau kang enche asben wassap tanya ni beli apa lagi ni, posmen anto parcel kat umah ni?!
eh? terbeli la pulakkkk.. ihikss oppps!!

soo…
how’s work? so far so good.. thank goodness aku dapat roommate yg ohsem kat opis ni..
Cik Milin namanye..
otak best and tak lokek belanja makan! and most of all, dia KUAT GELAK! hahahah terhibur iols duk dengan dia ni..
hal bos lak, hmmm… what can i say, tak selamanye ko akan dapat bos baik..
so kiranye that time is now la!
stress kadang-kadang bila kena marah for something soo remeh tapi aku diamkan jer..
ko nak lawan pun tak guna, paling kuat pun aku luah ke Milin jer laa and she ended up buying me eskrem or something laa to cheer me up! heheheh..

now aku dh jadi warga Putrajaya.. how’s life here?  it is great! just stress sekali sekala je aa dengan cara pemanduan orang Putrajaya yang kadang-kadang terlalu romantik dan tak reti kasi signal kiri kanan!
opis dekat, soping mall dekat.. pasar malam 2 kali seminggu.. apa ada hal?
kehidupan yang tenang laa i would say..
nak melawat mama pun dekat jer..

how’s si kenitmon? hehehe she’s super lasak skang at the aged of 11-month, ya tuhannn.. takleh lepa langsung, kang tau-tau dah ada bawah meja or atas sofa!
dulu dia perlu ada bantal kt bawah sofa untuk dia jadikan tangga nk panjat sofa tu, but now, NO NEED ANYMORE! kemain kangkang dia panjat sofa tuu..
macam pagi tadi tengah aku iron tudung, terdengar suara dia kt hall, jenguk tengok rupanye dah ada atas sofa, dedi tido mati kat bawah tak sedau anak dah panjat merata! grrrrr~
peh tu tak reti turun lak tu, dia nk junamkan kepala dulu ke bawah! ya rabbiiii, tersedut perot mak ko tengok aksi stunt dia nih hahhh!
jenuh aku ajar, suh turun bontot dulu.. dia relekss je gegelak ingat mak dia wat sarkas ke hapa nihh..

kalo nak citer pasai my lil pokemon ni, memang menjela-jela satgi blog aku..
sebelom orang muntah darah baca hal anak akuu jer as if macam aku je ada anak, better stop laa..
heheheheh!
ive already crowded my insta with my lil pokemon so blog ni kita citer light-light sudeyy..

ok u gais.. next time borak lagi..
nak get redi gi zumba..
apa? haram? haramzadey laa sangat.. lantak aa korang.. yang penting mek berpeluh sebaldi, itu yang fenting..

kbai!

:: mimpi laut ::

aku ternampak post ni dalam draft lama, terus teringat balik my mimpi tu..
need to save it here so that esok-esok aku boleh ingat balik..

so i got this dream..
aku mimpi aku berada di tebing yang tinggi and bawah tu adalah laut yang luas..
kebiruan hijauan kaler air dia.. amat dalam i guess based on its colour..
on the surface i could see lots of fishes swimming around..
semua berenang kat permukaan.. macam ikan koi dalam kolam tu aa..dok pusing2 situ..

gerun and gayat hamat jantung aku time tu..
sebab bayang-bayang ikan tu memang jelas and besau!
scary!
and there were even TURTLES! ada 2-3 ekor gak swimming on the surface..

there was one fish ni siap meloncat tinggi, setinggi tempat aku berada tu..
i could see it was flat like ikan pari shape tapi bukan..with black spots ol over its body..
takut ok!
aku terasa mcm aku akan jatuh je ke bawah (biasa ni perahsaan org penggayat)..gayat nauzubillah rasa..
but still i want to look down and watched the fish..and the ninja turtles

aku takut bukan pe.. aku kan tak reti berenang..
and one more thing.. i dont know what in the world are down there..
dah aa tengok bayang-bayang pun mcm besauu je ikan-ikan tu..
tapi idak aa sebesau jaws… but still consider weirdly-big for an unknown fish.. (ok apa aku merepek ni?)
dok melilau-lilau on the surface like they are waiting for me to fall!
errrrkk!!!

but the view adalah super osem i tell u..
even aku gayat tapi still aku nk duduk tepi tebing tu n look down..aku rasa takjub by the fishes..

ekceli aku rajin mimpi benda-benda based on water..
bila aku google mostly kata berkaitan rezeki..
aku mimpi benda ni before i got pregnant..
maybe that’s it la kot..
rezeki sekali besau! alhamdulillahh..

bila baca balik, aku teringat balik mimpi tu..
i cant describe it secara detail tapi pada aku, amat-amat cantik pemandangan mimpi tu..
even ada rasa takut sebab ikan-ikan tu besar tapi still look wonderful..
tah aa tak reti nak describe..

ok the end!

hehehehe…

::emergency Czer::

mengumpul kerajinan untuk berblog kembali..
i love my blog tapi kekangan masa dan idea buat rasa meleweh nak menaip..
i owe u my czer story so here we go!

it was 2 November 2015, masa tu im almost 35 weeks.. lagi sehari dua je kot..
balik dari keja as always, mandi-mandi and solat..
tetengah baca Al-Quran, aku rasa mcm ‘phisshh’ under there so i thot ‘alahaii, terkencing ke?’ sebab aku memang senang terkicit skit2 bila dah makin sarat since the baby dh makin tekan my pundi..  terbatuk skit pun boleh terkencing..

so aku pun mangkit aa nk bukak telekung.. then i realize rasa basah makin banyak lak so lelekaih aa aku gi toilet..
bukak je panties, terus rasa nak pengsan sebab tengok darah pekat penuh kt seluar..
PANIC ATTACK!! oh no.. oh no! God please protect my baby!
tak dan aku nk tarik spender, terkengkang-kengkang ke pintu panggil enche asben yg tengah vakum kt depan..
darah dh nitik-nitik merata.. i dont care anymore!!
aku smpai dah lupa yang enche asben mabuk darah.. but to my amazed, dia tak pengsan lak or mabuk like he used to..
sambil aku nages duduk atas toilet sambil lap darah..
enche asben try to call our friends untuk minta tolong anto ke spital..
nasib baik beg spital dah lama aku siapkan.. pheww!

thanks to Chemad who help us.. smpai dia lak panic lupa jalan ke spital!
sesampai Adventist Hospital, terus naik ke tingkat 5 wad bersalin..
cakap bleeding, terus nurse suh baring dan pasang monitor kt perot nak tengok jantung baby..
memula tu macam tak berbunyi, giler takut akuu! nurse tu penuh keyakinan dok cakap releks takde apa-apa nih..
last-last dengar denyut nadi baby.. and its normal!
adoilaa anakk.. panik mak ko ni wehh rasa nk tercabut jantung, yang dia dalam tu releks jerrr..

doktor bertugas mai attend tapi since ada skit-skit contraction on the monitor, depa alert my doctor, Dr. Ling..
so dia mai with a smile on her face as usual.. so dia cakap rupanye aku ada placenta previa.. which is odd kenapa awal-awal tak trace?
dah aa selama ni dia dok suh aku eksesais laa, banyakkan berjalan laa so that senang nk beranak..
the bleeding tu sebab ada eruption kt pintu rahim ke hapa tah xingat dah..
so now, dia cakap forget about normal laa.. memang kim salam banyak-banyak sebab memang sah-sah kena kerat je jawabnye ni..
img-20151104-wa0021
at the moment dia kata kena monitor aku and kena bed rest.. so no moving watsoever!
kena pasang tiub kencing, which is sooo uncomfortable..
dah aa pasang drip on both hand! satu ubat untuk stop the contraction, satu lagi drip air sebab aku kena pose for a while..
20151103_162301
lengkap hah aku kena tambat kat katil, 2 tiub kat lengan, 1 kat vajayjay! syabasss..
sepanjang kena ‘gari’ macam ni, aku kemain berdoa jangan laa aku rasa nk berak sebab i cant move apatah lagi ke toilet! nurse suruh berak atas katil guna mangkuk tu!! aaaaaa takmooo..
tapi nasib baik gak sebab aku kena pose kan so no taik terhasil… hahahah!

well, 3 hari kena warded, mlm tu aku takleh tido sakit giler pinggang belah kanan..
serba tak kena rasa.. dah aa heart burn pun menyerang but thanks to ubat spital yang lebih power dari Gaviscon, alhamdulillahh lega..
enche asben kesian meneman aku kat wad tido kt sofa tepi katil aku… which i know, keras tak selesa..

kasih seorang bakal dedi

kasih seorang bakal dedi

esok pagi tu, Dr.Ling mai jumpa aku and said, contraction aku malam tadi makin dedekat based on my monitor so she cant wait any longer sebab takut nanti ada eruption and bleeding lebih teruk if tunggu.. so she need to do the emergency czer like NOW! oo sakit pinggang malam tadi tu contraction la ek.. hahah baru mek tauu..

oook, aku macam dah redho dah and a bit blur tak dan nak rasa takut.. tapi dan aa aku dail telipon mama untuk inform and minta doakan segala..
ekceli mama tak tau aku kena warded at the first place sebab aku takmo dia risau..
tapi instinct seorang mak, dia dah lama terasa tak sedap ati sebab aku senyap lama..
heheh ate caner nk bermesej tangan dua-dua pasang drip.. hp memang enche asben pegang all the time..

aku sebenarnye excited to meet my baby.. macam tak caya she is coming at last! 7 years ive been waiting for u.. excitedddd!!
ilang rasa takut nak kena belah perot.. lagipun this is not my first op experience so im cool.. cewahh!

so at 8.30 a.m aku disiapkan untuk masuk OR..
owh.. enche asben awal-awal say sorry dia tak mampu nak teman aku masuk OR..
pucat dah aku tengok muka gabra dia..
aku dari mula peknen dah pasrah if kena beranak sorang-sorang..paham sangat dia takut darah..
its ok.. aku minta maaf siap-siap dengan enche asben and off to the OR.. bye bye!

lama gak persediaan sebab Dr. Ling nk pastikan bekalan darah tambahan jenis aku dah redi sekali dalam bilik OR sebab kebarangkalian aku hilang darah tu agak tinggi sebab aku ada anemia..
soft music berkumandang at the back..
2 doktor on by left and right tummy.. doktor kanak-kanak dah standby also kat belakang untuk sambut my baby..
pakar bius sorang, redi to inject my back..
aku tak pakai epi, just anesthetic kehapa tah nama just to numb half body..
aku sedar tapi lama-lama aku rasa tak tahan giler..
lepas inject bius, badan aku start to shake like crazy.. macam sejuk menggeletar2 tu..
doktor kata its normal ok..
seksa giler aku rasa macam kena henyak-henyak! omg apa depa buat ni??
rasa kena tekan-tekan dada, sesak napas aku.. depa kasi aku oksigen suh napas pepelan..
siap aku terbau macam daging terbako! is that me??
then aku rasa macam nak muntah! dok wek-wek kosong..
last-last aku cakap ke doktor aku tak tahan, please knock me out!
doktor inject ubat so that aku pengsan, legaa…

sedar tak sedar dalam mamai, ada orang sua baby kat tepi muka aku…
is that MINE? so blue purpleish gitu…soo tiny!
aku dan cium mana dan then i passed out totally…
sedar-sedar, dah atas katil wad..

enche asben cakap baby alhamdulillah ok tapi kena duk NICU sebab tak cukup bulan..
dia sempat qamat dan azan masa nurse tunjuk kat dia untuk cek cukup idak jari kaki tangan segala..
enche asben cakap lepas czer tu, depa tolak aku ke Recovery Room dulu untuk beberapa jam.. dia sempat tengok aku kuar dari OR siap katanye mulut aku berbuih-buih!
img-20151106-wa0005scary toi aku tengok balik muka lepas op.. im soo bloated! macam peknen 3 bulan..
hahahaha!
ramai kengkawan mai melawat non-stop.. siap wat party gulai udang galah pulakk dalam bilik aku.. biadap betei!! aku dah aa kena pantangg.. siut toi..

Dr.Ling ada jumpa aku petang tu and told me everything run smoothly.. baby pun ok just kena monitor lebih skit sebab dia premature..
she also told me, aku ada terima 2 pain of blood sebab aku kehilangan darah quite a lot.. orang biasa lost about 1liter, aku dekat 1.5liter ilang.. fuhh!
so nenanti kena went thru blood test la pulak, just to check for HIV ke hapa..
peh, aku ada darah Taiwan dalam badan now so that makes me half Taiwanese la kan?
heheheheh!

lepas je op, nurse cakap i need to cuba bangun and berjalan at least to the toilet baru dia cabut tiub kencing tu..
gigih aku cuba jalan secepat mungkin sebab nk cabut wayar tu.. tak selesa weh!
and aku nak cecepat berjalan so that i can visit my baby kat NICU..
thanks to bengkung they asked me to buy, mudah skit aku nak move around..
once dah bukak wayar kencing tu, aku dah boleh pi toilet sendiri.. mula-mula enche asben aa kena papah tapi lama-lama aku boleh dah turun naik katil sendiri..
bila gini, nampak la how he truly loves me..
sepanjang duk wad tu, he help me changed my bloody pad.. skit pun dia tak takut tengok darah tu..

aku duk wad seminggu je.. tiap hari nurse mai tekan bawah tempat czer just to make sure takde blood clot.. a bit nyilu i would say tapi nak buat apa kann, tahan je laa..
sepanjang duk wad, makanan memang vegetarian kat spital ni even spital cina and sedap laa pada aku..and if nasi, sure beras perang.. healthy sangat menu-menu dia..
paling aku suka susu soya dia and lauk tauhu.. ada gak sup kurma merah which is super yummy..

introducing NUR ARISSA QAISARA

introducing NUR ARISSA QAISARA

Nur Arissa Qaisara binti Mohd Azhar born on 5 November 2015, 2kg at 10.36 a.m.
pity my baby kena puasa and depended on drip only sebab her tummy still too small..
dah lama-lama skit baru dia boleh minum susu aku itu pun 2ml je at a time..
then a few days lepas tu ada kuning skit.. dah kena duk bawah lampu lak..
lepas tu kena tebuk dada la pulakk sebab ada bubble dalam paru-paru dia..
T__T  i is soo sad! tak daya aku nak tengok dia dalam box tu..
seperti nama dia, Arissa means kekuatan.. she is a fighter!
1446984242144
tepat 21 hari, she gain her weight 2.2kg entitled her to go back home!
hurrayy..

welcome home baby

welcome home baby

its been 10 months already tapi parut czer still ada kala nyilu-nyilu gak..
lelebih lagi bila dukung si manja gedek-gedek, my lil pokemon tu..
dukung side way ok lg.. kalo pakai carrier tu, haaa its a NO-NO so now dedi je yg akan pakai carrier whenever needed..

pheww… lega story beranak dah settle..
ok now boleh sambung kehidupan len ek..

hahahah..
kbai!

:: lets rawwrr! ::

ingat nak citer pasai beranak aritu tapi since thumbdrive gambo-gambo tak bawak la pulak arini maka kita tukar story len aa ek..
kebetulan lakk arini ada kes yang buat my blood go upstairs so mari laa kita merempan dulu..
owh before that, salam jumaat dan selamat berpose everyone! *sambil lambai ratu*

ehemm~
here we go..

pepagi iols dah kena marah dengan bos because of mistake orang len yang tak efisyen buat keja! reli aa buat aku nak menjerit pepagi tadi..
dah aa aku tengah drive masa tu.. korang tau aa kan caner traffik pepagi kan..
kalut aku drift ketepi sebab nak menjawab call..

alkisahnye pasai transport bos aku nk gi meeting pagi ni aa.. aku dah mohon seminggu awal untuk bos aku.. dah aa jenuh nak kejo ketua kerani (CC) yang jaga drebar tu.. buat keja macam taik!

dah aa dia silap kasi info ke drebar, aku minta untuk pagi Jumaat, dia bantai kasi ari Khamis.. dah tak pasai drebar call aku pagi tu tanya mana bos aku ni? dia dah tunggu lama..

ok mebi silly mistake dia terlepas pandang almaklum orang tua, aku still bersangka baik lagi.. so aku call to correct the mistake and asked again, sapa drebar bos aku untuk Jumaat hari meeting yang sebetulnya.. dia boleh dingdong-dingdong lagi kata tengah buat ni.. ok aku sabo, kasi time.. petang kang aku call lagi..

bila call petang, dia kasi aa info drebar segala then aku terus aa inform bos aku.. tup-tup pagi kejadian bos aku cakap takde keta tunggu dia lakk!! dia call drebar yang aku kasi tu, tak berjawab.. cibaiiii~
bos aku dah menjerit suruh cepat-cepat sebab dia takut lambat! aku ni takleh orang push-push gini, aku panikk.. dah aa aku tengah drive!
before aku terlanggor pokok segala, better stop tepi aa and solve this matter..

aku call CC transport, tak berangkat! demmitttt..
aku call drebar yang suppose to send my boss, nasib dia angkat tapi dia inform aku bukan dia yang patut hantar bos aku lakkkk! dia cakap CC dah tukar ke orang len..
which is kebabian napa dia tak inform akuuuu dia nk men tukar-tukar gini!
nasib aa drebar tu nak gak tolong skit by messaging my bos kasi hp no. drebar yang patut anto bos aku tu..

apa-apa pun, aku whatsapp balik bos aku informing that its not my fault and aku akan log a complaint about this matters! selamatkan bontot sendri dulu okkkk.. bos aku tu dah aa bekas navy! garang okk..
dah aa bos aku sikit-sikit cakap “tah-tah awak salah letak tarikh?”

aaaa dont ever-ever question my work wehh.. aku double check okkk apa-apa dengan dia niii.. sebab aku tau dia ni garang and dulu before aku kuar posting, aku penah keja satu division dengan dia and penah kena maki! so do i want to repeat that? i dont think soooo!!

sampai je opis, terus gather all the information and karang this one long complaint emel with gomen words.. do you know how hard it is to express your ketidakpuasan hati ko dengan ayat gomen? ko nak marah berapi-api volcano tapi ko kena sopan santun ayat pusing-pusing, bahawasanya, oleh sebab itu, beliau, bla bla blaaa.. bertahun aku asik karang in English so my gomen wording a bit rusty la..

nasib baik aku dah siap emel segala, bos balik dari meeting terus tanya mana komplen aku and by the way, dia kena drive sndri ok ke tempat meeting dia ek.. so sejuk aa skit ati dia bila baca segala bukti aku kasi, he still bebel-bebel laa but as long as its not at me..im good!

bila jadi macam ni kadang-kadang aku panik and question myself, eh betui ke aku buh tarikh sekian-sekian? dah jadi macam tak yakin lak dengan kerja sendiri.. walhal ko memang dah buat betul dah..

geram aku dengan orang macam ni.. this is not the first time aa CC transport tu buat keja silap macam ni.. kadang-kadang aku kesian ke drebar-drebar tu aa gak.. sebab orang akan marah ke drebar dulu sebab tak mai bila tarikh yang diminta.. padahal depa tu ikut je jadual yang CC transport kasi..

aku tadi pun nasib aa boleh kontrol lagi.. drebar yang suppose to send my boss call tadi and inform aku dalam jadual dia, dia kena anto bos aku pukul 10.45 pagi.. giler! aku minta suh hanto pukul 7.30 pagi and pick up dia pukul 10.45 pagi! korang tengok aa caner CC tu buat keja.. nyirapp darah toi! siap drebar tu lak minta maaf untuk CC kata biasa aa orang tua, kadang-kadang blur..

kalo dah tau tua, sila aa pencen cepat-cepat.. keja-keja macam ni, kalo ko takleh nak fokus dan buat sambil lewa, sila kasi orang yang boleh buat.. dah aa keja ko melibatkan kerja orang len gak.. terlewat orang pi meeting ke function penting-penting ke? caner?

so sekarang aku rasa bos aku tengah karang emel untuk kasi ke bos beso bahagian CC transport tu.. hadap aa ko lepas ni..
mana aa orang tak mengata orang gomen lembab buat keja..
ate memang punnnn!

puih!

ok sekian merempan di hari Jumaat aku..
satgi nak gi soping, need a soul therapy setelah tercalarnye mood Jumaat aku di awal pagi..

beli sudu pun jadi aa, janji beli something..

kbai~