:: murtad ::

dah lama nak borak hal ni.. bunyik macam heavy jer tajuk, macamkan teror nak kupas isu gini.. hehehehe!
well…
aku rasa sure ada di kalangan korang terserempak FB orang-orang melayu Islam yang dah converted to agama len and publicly announcing it..
aku ada aa terbaca mana-mana and being me, aku suka pegi tengok sendri FB orang tu, then baca komen-komen orang ramai..
from there, akan terjumpa lagi beberapa orang yang dah converted yang konon memberi kata-kata semangat sebab dah jumpa ‘jalan yang sebenar’ dan bertemu ‘tuhan yang sebenar’

im not gonna condemned them.. itu antara dia dengan tuhan la..
as all said, kubur len len.. harap-harap aku tak kubur sebelah dia, cukup aa..
i know, kita kena sedarkan dia as part of our duty being a Muslim.. tapi if ko ilmu pun tak cukup di dada, you will end up bashing them dengan kata-kata yang tak sepatutnye dan memandang hina kat dia yang dah murtad..  saying that dia akan terus ke neraka!
thats what i saw in this case..
ramai dok bashing depa sekeluarga..
tapi dia mengambil jalan releks dan tenang jerr..

from here, apa yang korang nampak?
aku malu ekceli bila baca all the comments dia and all the other non-muslims dalam comment FB dia dok pertikai cara orang Islam ‘menegur’ depa ni..

that fellow, dia laki bini dah convert.. then anak-anak turut serta..
diaorang convert sebab rasa Allah tak sayang depa, tak makbulkan doa depa..
tapi lepas depa convert, terus doa-doa termakbul kononnya..
maka bertambah yakin laa depa..

orang mesia ni biasa aa, cepat meloncat skit bila hal-hal berkaitan Islam..
kemain bersemangat macam pahlawan nak turun perang jihad kalo orang ‘sentuh’ skit hal agama.. walhal semayang 5 waktu punn tak cukup *ehem!*
so berduyun-duyun laa menjadi keyboard warrior carutkan depa sekeluarga..
yang mana rasa ilmu setebal buku Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka pulak, dok ajak berdebat!
tapi last-last end up bashing laa.. itu kann kehebatan orang melayu kita?! am i right?

dari sini apa hasil yang dapat?
adakah diaorang akan tersedar dari kesilapan dan kembali ke agama asal?
menyesali keputusan untuk menjadi murtad?
siap rela kena buang keluarga bagai..
hmmm I DONT THINK SO..
laaagi diaorang menjauh, lepas melihat sendri cara orang Islam kita ni kemain carutkan depa..
siap dia dan kawan-kawan church dia nganjing kan lagi agama kita.. saying ini ke ISLAM?
ada paksaan ke dalam Islam? Islam guna kekerasan ke?

part ni aku malu..

macam mana aa orang luar tak chop Islam ni terrorist laa apa laa..
bila segelintir manusia gini merosakkan nama baik agama..

for me, orang dah murtad ni ko usah laa cuba nak sedarkan depa if ko sendiri tak cukup ilmu di dada..
aku rasa orang-orang gini patut di tazkirah kan oleh Dr. Zakir Naik jerr..
jenis orang yang ko ajak berdebat, dia boleh cantas ko dengan segala surah and chapter apa bagai, sume dalam otak dia..
sume bukti dan fakta dalam tangan..
memang terkedu nak jawab dik non oii..

aku penah tengok ceramah Dr. Zakir Naik ni, ada sorang non-muslim girl ni kasi soklan ke dia pasai apa tah..
then Dr. Zakir balas bertubi-tubi dengan bukti-bukti kukuh yang ada dalam kitab dia and Al-Quran.. fact!
dumm.. terus budak tu ucap syahadah on that spot!

to tell you the truth..
bila aku baca FB budak tu, aku rasa takut sangat..
how can all this years, ko yakin pada tuhan yang satu..
then tetiba ko ilang keyakinan and move to another tuhan?
mana pegi segala kepercayaan pada Allah yang telah diterap dalam jiwa selama puluhan tahun tu ilang?
sejak di bangku skolah dah di ajar, that u called God, adalah salah seorang nabi Allah.. how come ko boleh percaya dia tuhan lak skang?
sejak skolah gak, dah di ajar Al-Quran selengkap-lengkap kitab..
camner ko boleh pertikaikan itu and trust another kitab? yang sah-sah ada je sebut pasai Nabi Muhammad SAW dalam tu before he came..

dalam pada tu, aku kadang-kadang mai rasa curious gak..
nak tau apa laa ada dalam otak diaorang yang murtad ni..
kadang-kadang rasa nak tanya je depa ni..
tapi orang gini usah dibuat main ek..
satgi depa try tarik kau lakk join the club!
nauzubillah laaa.. mintak dijauhkan dari diri kita dan keluarga kita semuaaa…

eh ok laa.. sambung citer len lak next time..
nak gi tapau nasik dah lunch hour weh!
kbai..

Advertisements

Mai Komen Skit...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s