:: lets rawwrr! ::

ingat nak citer pasai beranak aritu tapi since thumbdrive gambo-gambo tak bawak la pulak arini maka kita tukar story len aa ek..
kebetulan lakk arini ada kes yang buat my blood go upstairs so mari laa kita merempan dulu..
owh before that, salam jumaat dan selamat berpose everyone! *sambil lambai ratu*

ehemm~
here we go..

pepagi iols dah kena marah dengan bos because of mistake orang len yang tak efisyen buat keja! reli aa buat aku nak menjerit pepagi tadi..
dah aa aku tengah drive masa tu.. korang tau aa kan caner traffik pepagi kan..
kalut aku drift ketepi sebab nak menjawab call..

alkisahnye pasai transport bos aku nk gi meeting pagi ni aa.. aku dah mohon seminggu awal untuk bos aku.. dah aa jenuh nak kejo ketua kerani (CC) yang jaga drebar tu.. buat keja macam taik!

dah aa dia silap kasi info ke drebar, aku minta untuk pagi Jumaat, dia bantai kasi ari Khamis.. dah tak pasai drebar call aku pagi tu tanya mana bos aku ni? dia dah tunggu lama..

ok mebi silly mistake dia terlepas pandang almaklum orang tua, aku still bersangka baik lagi.. so aku call to correct the mistake and asked again, sapa drebar bos aku untuk Jumaat hari meeting yang sebetulnya.. dia boleh dingdong-dingdong lagi kata tengah buat ni.. ok aku sabo, kasi time.. petang kang aku call lagi..

bila call petang, dia kasi aa info drebar segala then aku terus aa inform bos aku.. tup-tup pagi kejadian bos aku cakap takde keta tunggu dia lakk!! dia call drebar yang aku kasi tu, tak berjawab.. cibaiiii~
bos aku dah menjerit suruh cepat-cepat sebab dia takut lambat! aku ni takleh orang push-push gini, aku panikk.. dah aa aku tengah drive!
before aku terlanggor pokok segala, better stop tepi aa and solve this matter..

aku call CC transport, tak berangkat! demmitttt..
aku call drebar yang suppose to send my boss, nasib dia angkat tapi dia inform aku bukan dia yang patut hantar bos aku lakkkk! dia cakap CC dah tukar ke orang len..
which is kebabian napa dia tak inform akuuuu dia nk men tukar-tukar gini!
nasib aa drebar tu nak gak tolong skit by messaging my bos kasi hp no. drebar yang patut anto bos aku tu..

apa-apa pun, aku whatsapp balik bos aku informing that its not my fault and aku akan log a complaint about this matters! selamatkan bontot sendri dulu okkkk.. bos aku tu dah aa bekas navy! garang okk..
dah aa bos aku sikit-sikit cakap “tah-tah awak salah letak tarikh?”

aaaa dont ever-ever question my work wehh.. aku double check okkk apa-apa dengan dia niii.. sebab aku tau dia ni garang and dulu before aku kuar posting, aku penah keja satu division dengan dia and penah kena maki! so do i want to repeat that? i dont think soooo!!

sampai je opis, terus gather all the information and karang this one long complaint emel with gomen words.. do you know how hard it is to express your ketidakpuasan hati ko dengan ayat gomen? ko nak marah berapi-api volcano tapi ko kena sopan santun ayat pusing-pusing, bahawasanya, oleh sebab itu, beliau, bla bla blaaa.. bertahun aku asik karang in English so my gomen wording a bit rusty la..

nasib baik aku dah siap emel segala, bos balik dari meeting terus tanya mana komplen aku and by the way, dia kena drive sndri ok ke tempat meeting dia ek.. so sejuk aa skit ati dia bila baca segala bukti aku kasi, he still bebel-bebel laa but as long as its not at me..im good!

bila jadi macam ni kadang-kadang aku panik and question myself, eh betui ke aku buh tarikh sekian-sekian? dah jadi macam tak yakin lak dengan kerja sendiri.. walhal ko memang dah buat betul dah..

geram aku dengan orang macam ni.. this is not the first time aa CC transport tu buat keja silap macam ni.. kadang-kadang aku kesian ke drebar-drebar tu aa gak.. sebab orang akan marah ke drebar dulu sebab tak mai bila tarikh yang diminta.. padahal depa tu ikut je jadual yang CC transport kasi..

aku tadi pun nasib aa boleh kontrol lagi.. drebar yang suppose to send my boss call tadi and inform aku dalam jadual dia, dia kena anto bos aku pukul 10.45 pagi.. giler! aku minta suh hanto pukul 7.30 pagi and pick up dia pukul 10.45 pagi! korang tengok aa caner CC tu buat keja.. nyirapp darah toi! siap drebar tu lak minta maaf untuk CC kata biasa aa orang tua, kadang-kadang blur..

kalo dah tau tua, sila aa pencen cepat-cepat.. keja-keja macam ni, kalo ko takleh nak fokus dan buat sambil lewa, sila kasi orang yang boleh buat.. dah aa keja ko melibatkan kerja orang len gak.. terlewat orang pi meeting ke function penting-penting ke? caner?

so sekarang aku rasa bos aku tengah karang emel untuk kasi ke bos beso bahagian CC transport tu.. hadap aa ko lepas ni..
mana aa orang tak mengata orang gomen lembab buat keja..
ate memang punnnn!

puih!

ok sekian merempan di hari Jumaat aku..
satgi nak gi soping, need a soul therapy setelah tercalarnye mood Jumaat aku di awal pagi..

beli sudu pun jadi aa, janji beli something..

kbai~

Advertisements

Mai Komen Skit...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s