::pasar vs kuih keria::

salah satu kuih peberet gua, kuih keria!
biasa laa bila darah klate ni..kuih ala ‘potong kaki’ jugakk yang paling sedap..

pagi Ahad enche asben ajak gi pasar..
boleh je suruh dia pi sendri and gave him a list tapi satgi aku akan dapat sayuq saja!
benda len takde sebab dia tak reti..

aku nak cari ikan, udang or sotong..harap ke si kurus aku memang kim salam laa..
benda-benda berbau and berdarah jangan harap dia nak pegang selagi benda tu tak jadi lauk!

so pegi aa ikut enche asben gi pasar..
beli sayuq segala..nek atas cari seafood lak
dapat ikan je..sotong tak cantik and udang lak depa dh kupas!
aku tak suka, aku suka yg berkulit..

then nampak keledek.. terus teringin kuih keria..
enche asben macam takmo beli tapi cik bini nakk jugak!
jangan brani nak ingkar bini nak makan ni ek..

so petang iols singsing lengan baju and mulakan projek..

KUIH KERIA

1 biji keledek saiz beso
tepung gandum
garam
gula

Cara-cara:

1.  Rebus keledek dan lenyek.
2.  Tambah tepung gandum and sikit garam.
3.  Uli sampai jadi bola and tak melekat.
4.  Bentukkan macam kuih keria and goreng.
5.  Untuk sira, masak atas api air + gula smpai (bubbling) pekat.
6.  Tutup api and campak masuk kuih keria tadi and kaco smpai gula jadi kering and salut kat kuih keria..
7.  Siapp!

aku dulu tak pandai nak sira gula tu..
asik laa fail!
last-last mama tunjuk cara yang betui, baru laa tau silap aku kat mana..
hahaha! dulu aku tak TUTUP api time campak kuih dalam air gula tu..
jadah mana laa benda tu nak kering nak salut!
bongok di situ!!

mendapat sambutan gak dengan si kurus gua..
banyak dia makan..
hehehe iols sukaaa!

ok bye..
nak gi masak untuk dinner lak..
a wife’s work never finish..

Advertisements

Mai Komen Skit...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s