:: miramar ferris wheel ::

ni citer basi!
hahha.. baru donlod gambo mana-mana yang ado dulu..

last 2 weeks my mom and lil sister mai Taiwan..
so aku dah siap-siap aa apply coti 2 hari..
adik aku cuti sekejap jer so memang rushing aa nak bawak jalan sana sini..

one of the place aku bawak adalah Miramar..
if sapa ikut instagram aku, tau aa kot pebenda tempat nih..
takpe, acik tengah good mood so mari ulang tayang gambo lama..

ferris wheel kat Miramar ni adalah yang ke-2 tertinggi di Taiwan dengan ketinggian 70 meter (230 kaki)..
tapi if diambil kira kedudukan dia yg ataih bumbung soping mall ni, makes it the highest in Taiwan actually with 100 meter (330 kaki)..
kedengaran ada yg dah potong rekod ni nun kat Dream Mall Ferris Wheel, Kaoshiung.. tapi ferris wheel tu kecik skit dari yang ini..
dia jadi rekod sebab kedudukan dia nun atas bumbung soping mall terbesar di Taiwan dan East Asia je..
but still, in Taipei kira Miramar ni still rekod aa yang overall tertinggi sekali..

time operasi ferris wheel ni adalah dari kui 12.30 tgh hari – 11.00 mlm (Isnin – Khamis)..
Jumaat dia tutup lewat skit, kui 12.00 malam..
Sabtu dia start awal dari kui 11.00 pagi – 12.00 malam..
and Ahad, start awal tapi tutup awal sebab sok hari kerja, 11.00 pagi – 11.00 malam..

tiket adalah NT150 (RM15+) untuk hari biasa and NT200 (RM20+) untuk hari weekends..
kalo kekanak bawah ketinggian 110cm, pree!

mak aku adalah super gayat!
tengok aa muka dia, cuak giler dah.. dah laa benda tu jalan selow gilerr..
dia siap terbelahak angin dah nak muntah sebab gayat..
over toi makcik nihh.. kekekek!

im all prepared this time..
last time aku mai sini, aku takmo nek sebab perot tengah tak selesa and rasa nak terkencing jerr..
so empty your bowel n all first ek..
coz this ride can take u up to 15-30 minutes gak kot..

::adik aku kejam tengah menggelakkan mama::

ekceli bukan mak aku jer yang gayat..
kitaorang pun sama cuak..
sebab bila dia jalan jer.. dah sah-sah ferris wheel ni kat ataih bumbung soping mall 5-storey high dah so bila dia gerak skit pun ko dah tinggi dah..
blom sampai puncak!

sangat lawak time dia gerak tu..
memasing kejang!
hahahahha!
sumpah suspen sat..
geli jerr tapak kaki and perot aku..
mak aku usah citer laa..
macam tu ko tengok dia duduk tu, berpaut kat besi kerusi tu..
dari naik sampai ke turun dia statik tak bergerak!
hahahah!
memang kena marah if sapa-sapa tergoyangkan bunk tu..

::muka suspen laki bini::

::senyum pun separuh ikhlas::

owh.. ferris wheel ni ko bley pilih ek..
ko nak yang biasa or nak hok transparent..
aritu dia kata if nak transparent punye, kena tunggu sejam!
tak kuwasaa teman…
itu yang nek jer yang biasa je..
hambik kauuu!
nek biasa pun gayat..
ada hati nak nek yang transparent!!

::credit to here::

ko mampu??
seriau giler wehhhh~!

owh.. nak pegi Miramar ni, senang nyer nek MRT guna Neihu Line (kaler brown) and turun kat Jiannan Station..
depan tuu je tempat dia..

Advertisements

4 thoughts on “:: miramar ferris wheel ::

Mai Komen Skit...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s