:: bazar ramadan chesue::

kesian aku kat sini takde bazar ramadan
so aku bukak bazar ramadan sendri je la kat umah…
client aku seketui tu je la, budak kering tu hah!
kekekekek!

so ari ni aku masak kangkung belacan..
kangkung adalah ehsan dari Haji Hassan from Constantine..
dia Malaysian keja ngan kampeni Jepun buat highway kat Algeria nih..
berlambak dia kasi..
bersinar-sinar mata enche asben bila dapat kangkung!

::kangkung belacan::

Haji Hassan bukan kasi kat kitaorg je.. bos aku, opiser aku pun dapat gak..
perghh berapa beso laa kebun kangkung dia ni..
syiok betui..
semoga tuhan je laa balas budi dia..

RESEPI KANGKUNG BELACAN
Udang kering (rendam dalam air kasi lembut skit)
Bawang putih
Bawang beso
Cili merah (aku takde so aku ganti cili api merah)
Belacan
*Sos tiram


Cara-cara:
1.  Tumbuk sume bahan-bahan atas except *
2.  Then tumis dengan minyak sampai naik bau..
3.  Masukkan sos tiram skit and lastly campak sayur kangkung ko and kaco sebati sampai nampak layu.
4.  Tambah air skit if ko nk berkuah.
5.  Selalunyer aku tak bubuh dah garam sebab belacan tu dah cukup masin..tapi if ko jenis suka masin2 nk kena darah tinggi cecepat, sila aa bubuh ikut tekak sendri ek..

 

as for me, tekak aku ari ni tingin ayam goreng berempah..
kemain rajin lak aku ari ni nk peram2 ayam tu..
iyer aa kan, antu raya aku nak makan sedap ni.. gigih!
kekekeek!

RESEPI AYAM GORENG BEREMPAH CHESUE
*Jintan manis
*Jintan putih
*Ketumbar
*Halia
*Bawang putih
Sos tiram
Serbuk kunyit
Serbuk kari 
Garam
Tepung gandum
Tepung jagung
Tepung beras
Tepung ubi
Air


Cara-cara:
1.  Tumbuk bahan-bahan * then gaul pada ayam.
2.  Masukkan bahan-bahan lain tadi and gaul rata pada ayam
3.  Tambah skit air untuk kasi bancuhan tepung tu ala bersalut pada ayam ko
4.  Biarkan at least 30 minit kasi bahan2 mesra
5.  Goreng guna minyak yang cukup panas..testing dulu ngan titikkan bancuhan skit ke minyak.. 

 

if laa ko malas hamat nak cari jintan manis segala, ada je shortcut untuk buat ayam goreng rempah cara aku..
hehehe..
ko salut je ayam ko ngan serbuk kunyit, garam, sos tiram and serbuk kari!
peram sat.. then goreng..

and if ko nk kulit dia crispy, guna la tepung goreng KFC kot ada..
if takde, campur je tepung gandum, tepung jagung and tepung beras with air then buat bancuhan ala nk buat cucur..

rahsia guna tepung-tepung ni, meh aku kasi tau..
ni ikut pemahaman aku aa.. if ada penambahan korang nk kongsi, feel free to add ek..

tepung jagung tu guna dia untuk pekatkan texture.. so dia akan kasi kulit ayam a bit keras, same goes with tepung ubi..
tepung beras lak, dia kasi kulit ayam ko jadi crispy!

ok aku nk beransur ek…
enche asben bikin air tembikai tuuu…
aku nak gi usha kot ado lagi dalam peti es..
perghh sejuk nyamann jeee~
nyuummm

::handmade tiada artificial color or flavor::
Advertisements

5 thoughts on “:: bazar ramadan chesue::

  1. orkiedtembikai sini bapa beso mek ta weh..tak muat peti es, tu yg terpaksa buat tu sb nk kasi abih lekaih..pnstoberihehehe..aku kan takde keyepci..feeling2 kulit hot & spicy aa konon2 salut tepung tu..ikut maleih aku, mmg aku bogelkan jee ayam aku tu

    Like

Mai Komen Skit...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s